-->








about


a myriad of fatelessness of an idiotic existential self who strives (but not THAT hard) to be a writer.
vaguely kafkaesque in contents, seize the day nevertheless.
do not let me revive posthumously.

i dig...


Online Library of Liberty
The New Yorker
The Independent
JalanTelawi.com

writings


Mel
Buddhi Hekayat
Fathi Aris Omar
Mike
Lokman
Eekmal
Myoda

leave a msg


archive


  • 10/30/05
  • 02/09/06
  • 02/10/06
  • 02/16/06
  • 05/06/06
  • 06/13/06
  • 06/22/06
  • 06/27/06
  • 04/01/07
  • 04/12/07
  • 04/16/07
  • copyrights


    2006 © si tolol
    site design/layout 2006© mel
    original art(s) from DaDa Online








    {terjemahan} Catatan Dari Bawah Tanah 

    II

    Aku hendak sangat beritahu kamu sekarang, wahai budiman sekalian, samada kamu mahu mendengar ataupun tidak, kenapakah aku tidak pernah berhasil ingin menjadi sang serangga sekalipun. Sesungguhnya aku bersumpah kepadamu yang banyak kalinya aku berharap menjadi sang serangga. Tetapi begitupun tidak pernah memberi manfaat kepada ku.

    Biarku yakinkan kamu, budiman sekalian, yang untuk menjadi terlalu sedar ialah satu penyakit, benar-benar, sakit yang naif. Cukuplah dimiliki kesedaran manusia biasa untuk keperluan rutin harian, yakni, separuh atau suku daripada bahagian dimiliki oleh seorang lelaki arif di zaman abad kesembilan belas yang sedih ini yang, selain itu, sudah jatuh ditimpa tangga untuk menghuni Petersburg, bandar yang paling pening, kelam kabut, namun tersusun di seluruh dunia. (Ada bandar-bandar yang tersusun dan tidak tersusun).

    Cukuplah jika, sebagai contoh, untuk memiliki jenis kesedaran yang diiktiraf kepada penggerak-penggerak dan orang-orang kebanyakan.

    Kamu mungkin berfikiran yang aku menulis semua ini dengan keinginan untuk berlagak ataupun berlawak tentang penggerak-penggerak kita, dan yang pabila aku menggerodak pedangku layak pegawai askar ku cumalah disebabkan aku ingin berlagak, dan secara tidak berseni juga. Walau apa pun, budiman sekalian, siapakah yang ingin membuka pekung di dada, lagikan riak berkenaannya?

    Bagaimanapun, apakah yang dibebelkan oleh ku? Semua orang melakukannya; semua orang riak dengan kelemahan sendiri, dan aku mungkin melakukannya lebih dari semua orang. Tidak perlu kita berdolak-dalik tentangnya; aku mengungkitkan karutan. Juga, aku teguh berfikiran yang bukan sahaja berlebihan kesedaran, malahan apa jenis kesedaran pun ialah penyakit. Aku berkeras tentang itu.

    Tetapi ada bagusnya kita lupakannya buat seketika.

    Katakan pada ku: kenapakah ia berlaku setiap masanya hanya pada masa-masa begitu - ya, bibit-bibit itu - bila aku terlalu sedar tentang "keluhuran dan kecantikan", yang biasa dipanggil dulu, bukan sahaja aku berkesedaran tetapi juga bersalah ke atas perlakuan-perlakuan hina dimana - nah, dimana, sebetulnya, semua orang juga bersalah, tetapi dimana, biarpun disengajakan, aku cuma terdetik melakukannya tatkala aku dikeadaan paling sedar yang ia tidak sepatutnya dilakukan?

    Selagi aku lebih akur terhadap kebaikan dan semua yang "keluhuran dan kecantikan", lebih tenggelam aku ke dalam lurah paya dan lebih bersedia aku tenggelam ke dalamnya sepenuhnya. Namun masalahnya semua ini tidak berlaku secara kebetulan, tetapi seperti ia tidak mungkin berlaku sebaliknya. Layaknya semua itu keadaan norma ku, dan tidak sedikit pun suatu penyakit ataupun suatu tabiat buruk, jadi akhirannya aku tak perlu lagi menentang tabiat buruk ini.

    Ia berakhir dengan dengan aku hampir mempercayai (dan mungkin aku memang sebetulnya percaya) yang ini kemungkinannya keadaan norma ku. Pada mulanya, awalan yang terawal, maksudku, sungguh teruk penyiksaan yang aku terpaksa harungi ketika perjuangan ku itu! Aku tidak fikir yang lain-lain melalui pengalaman yang sama, dan seterusnya aku memencilkannya pada diriku sendiri seperti ia suatu rahsia.

    Aku berasa malu (dan kemungkinannya aku masih malu); ia terlalu malu sehinggakan ku rasa seakan suatu kegembiraan yang aneh, sulit dan keji tatkala, sesampainya aku di rumah di antara malam yang terhina di Petersburg, aku pernah menyedari sedalam-dalamnya yang sekali lagi aku sudah bersalah keatas beberapa perbuatan pengecut tertentu di hari itu, dan sekali lagi tiada gunanya di dunia ini meyesali nasi yang dah jadi bubur; lagipun secara sembunyi dan rahsia, aku pernah terus-menerus menyunguti, membimbangkan dan menyalahkan diri sendiri, ke peringkat akhirnya kegetiran yang ku rasai bertukar menjadi seakan suatu kemanisan yang patut dikutuk dan memalukan, dan kesudahannya menjadi kegembiraan yang benar dan pasti!

    Ya, bertukar ke kegembiraan! Menjadi kegembiraan! Aku pasti tentang itu.

    Sesungguhnya, apa yang dicakapkan oleh ku disebabkan aku perlu tahu sekiranya orang lain merasai perasaan kegembiraan yang sama.

    Biarku terangkan kepadamu.

    Perasaan kegirangan ketika itu hanyalah disebabkan aku betul-betul sedar terhadap kehinaan sendiri; kerana ku rasakan diriku telah menemui jalan buntu; bahawa tanpa syak lagi ianya teruk, namun tiada dapat dihindarkan; bahawa ketika itu tiadanya jalan keluar, dan aku tidak akan sekali-kali menjadi orang yang lain; bahawa sekalipun ketika itu masih ada sisa masa ataupun keyakinan untuk membisakan ku bertukar menjadi sesuatu yang lain, sangat barangkalinya aku akan menolak untuk melakukannya; dan jika aku ingin sekalipun aku masih takkan melakukan apa-apa, sebab sesungguhnya aku tak boleh menjadi suatu apa pun. Dan lebih penting - dan ini adalah maksud terakhir ku ingin ajukan - apa sahaja yang terjadi, terjadi sesuai dengan undang-undang kesedaran ampuh yang lazim dan asas dan dengan semacam kelembapan iaitu akibat langsung undang-undang tersebut, lalu oleh kerana itu kamu tidak hanya boleh tidak boleh mengubah diri sendiri, tetapi kamu semata-mata tidak boleh membuat apa-apa cubaan pun. Kerana itu ia bererti bahawa satu akibat dari kesedaran ampuh itu kamu boleh dikatakan betul untuk menjadi seorang perampas, sepertinya ia adalah saguhati kepada sang perampas yang dia sebenarnya adalah seorang perampas. Tetapi cukuplah....

    Tuhanku, sudah banyak dibebelkan olehku, bukankah begitu? Namun sudahkah ku menerangkan apa-apa? Bagaimanakah seseorang menerangkan perasaan kegirangan ini? Sungguhpun aku akan menjelaskan diriku. Aku akan meneruskan perkara ini sehingga ke kesudahan yang perit! Sebab itulah aku telah mengangkat pena ku....

    Sekarang, contohnya, aku seorang yang sangat angkuh. Aku menimbulkan keraguan dan cepat terasa hati lagaknya si bongkok atau si kerdil, tetapi sebenarnya ada beberapa saat hidupku bila, jika seseorang telah menampar muka ku, aku mungkin akan merasa sukacita biarpun begitu. Aku mengatakan sedemikian bukannya main-main: aku benar-benar pasti akan menjumpai sekalipun di situ semacam kenikmatan, kenikmatannya berputus asa, tanpa was-was, tetapi kehampaan juga punya detik-detik kenikmatan yang amat sangat, kegembiraan yang amat hebat, lebih-lebih lagi jika kamu kebetulan benar-benar sedar tentang kebuntuan yang dihadapi mu.

    Dan di situ, juga, maksudku, selepas mukamu ditampar, kamu akan diselubungi dengan kesedaran yang dirimu telah sama sekali dihina dan dicerca. Masalahnya ialah, tentu sekali, bahawa sebanyak mana sekalipun aku mencuba untuk mereka beberapa alasan untuk apa yang telah terjadi, kesimpulan yang didapati mesti merujuk kepada kesalahan ku sebagai permulaan, dan apa yang paling melukakan hatiku ialah aku tetap bersalah walaupun aku tidak dan, sepertinya, aku bersalah berdasarkan undang-undang alam.

    Pertamanya, aku bersalah kerana aku lebih pandai dari semua orang sekeliling ku. (aku sentiasa mengiktiraf diriku lebih pandai semua orang di dunia ini, dan kadangkala, ku jaminkan mu, aku juga malu kerana itu. Sekurang-kurangnya, seumur hidupku menoleh ke arah lain dan tak sanggup bertentang mata dengan orang.)

    Aku, akhirnya, bersalah kerana meskipun aku mempunyai sedikit kemurahan hati dalam diriku, aku masih akan menderita seribu kali disebabkan kesedaran tentang kesia-siannya. Kerana aku begitu pasti tidak akan tahu apa ingin ku lakukan dengan kemurahan hatiku - tidak juga untuk memaafkan, oleh kerana lelaki yang akan menampar mukaku mungkin melakukan sebegitu atas kepatuhan kepada undang-undang alam; tidak juga untuk dilupakan, kerana walaupun ianya undang-undang alam, ia tetap menyakitkan.

    Kesudahannya, sungguhpun aku ingin menjadi betul-betul kikir dan, sebaliknya, berhasrat untuk membalas dendam kepada lelaki yang menghina diriku, aku tidak mungkin menuntut bela kepada sesiapa atas apa-apa pun kerana aku takkan mempunyai keberanian untuk melakukan apa-apa biarpun aku boleh melakukannya.

    Kenapakah tidak aku mempunyai keberanian sebegitu? Baiklah, aku ingin mengungkap beberapa kata-kata berkenaan itu.