-->








about


a myriad of fatelessness of an idiotic existential self who strives (but not THAT hard) to be a writer.
vaguely kafkaesque in contents, seize the day nevertheless.
do not let me revive posthumously.

i dig...


Online Library of Liberty
The New Yorker
The Independent
JalanTelawi.com

writings


Mel
Buddhi Hekayat
Fathi Aris Omar
Mike
Lokman
Eekmal
Myoda

leave a msg


archive


  • 10/30/05
  • 02/09/06
  • 02/10/06
  • 02/16/06
  • 05/06/06
  • 06/13/06
  • 06/22/06
  • 06/27/06
  • 04/01/07
  • 04/12/07
  • 04/16/07
  • copyrights


    2006 © si tolol
    site design/layout 2006© mel
    original art(s) from DaDa Online








    {terjemahan} Catatan Dari Bawah Tanah III 
    III

    Dapatlah dilihat, orang yang tahu bagaimana untuk menuntut bela dan, umumnya, bagaimana untuk mempertahankan diri sendiri - bagaimanakah mereka, rasa-rasa kamu, melakukannya?

    Mereka, biar kita andaikan, terlalu terperangkap dengan perasaan penebusan dendam yang selagi perasaan itu berlarutan selagi itulah tiada apa dalam diri mereka kecuali perasaan pembalasan dendam itu sendiri. Lelaki sedemikian menumpukan terus kepada impiannya, sepertinya si lembu gila, dengan tanduk terhunus, dan hanya mungkin tembok keras dapat menundukkannya. (Kemungkinan, di hadapan tembok batu itu, lelaki semacam itu, yakni, orang-orang biasa dan penggerak-penggerak, seperti biasanya dengan segera mengundur diri. Kepada mereka tembok batu bukanlah satu cabaran sepertimana satu cabaran, sebagai contoh, kepada kita orang yang berfikir, disebabkan kita orang yang berfikir, tidak berbuat apa-apa; ia bukanlah satu alasan untuk memalingkan muka, satu alasan dimana salah seorang dari jenis kita sendiri tidak mempercayainya, namun selalu sangat bangga kerananya. Tidak, mereka mengundur diri setulus hati. Tembok batu menguatkan semacam pengaruh ketenangan kepada mereka, semacam pengaruh moral yang tetap dan muktamad, dan mungkin juga suatu yang mistik... Namun akan ku ceritakan perihal tembok batu itu kemudian nanti.)

    Jadi, jenis orang biasa itu yang aku anggap sebagai orang biasa yang nyata , sepertimana gizi alamnya (mother nature) sendiri ingin melihat dirinya bila dia dengan kasih-sayang dilahirkan di dunia ini. Aku cemburu pada lelaki semacam itu dengan sepenuh kekuatan hatiku yang kecewa.

    Dia bodoh - tidak ku menyangkal itu. Tetapi mungkin orang yang biasa perlu jadi bodoh. Bagaimanakah boleh kamu mengetahuinya?

    Nah, mungkin yang ini pun cantik. Dan aku semakin percaya dengan - bolehkah kita cakap? - kesangsian, sebab kalau kita ambil, sebagai contoh, lawannya lelaki biasa, iaitu, lelaki yang tinggi citarasanya, yang tentunya tidak tercerna dari didikan alam, tetapi dari tabung uji (ini hampir jauh dari pemikiran kita, budiman sekalian, tetapi aku, tetap, mengesyakinya), jadi lelaki hasil tabung uji ini kadangkala menyerah diri kepada antitesisnya ke satu tahap di mana disebabkan sikapnya yang cepat tersinggung dia dengan jujurnya mengaku dirinya seekor tikus daripada seorang lelaki.

    Aku persembahkan kepada kamu ia adalah seekor tikus yang amat hebat kewarasannya, namun ia tetap seekor tikus, walhal seorang lagi seorang lelaki, lalu kerananya....dll. Dan, yang paling penting, dirinya sendiri - oh, ya, dia dalam lahiriahnya - menganggap dirinya sang tikus; tak siapa mengarahnya sebegitu; dan inilah perkara yang paling utama.

    Jadi, sekarang marilah kita memperhatikan sang tikus ini dalam tindakannya. Biar kita mengandaikan, sebagai contoh, yang perasaannya disakiti (dan perasaannya hampir selalunya disakiti), dan yang ia juga mahu membalas dendam. Di situ mungkin akan ada penimbunan benci yang lebih banyak dalam dirinya daripada dalam l'homme de la nature et de la verite. Sedikit kemahuan yang jijik dan keji untuk membalas sesiapa yang telah menyakitkan hatinya dengan sewenang-wenangnya kemungkinannya lagi keji dari l'homme de la nature et de la verite; kerana sifat bodohnya yang semulajadi l'homme de la nature et de la verite memandang penebusan dendamnya hanya sebagai soal keadilan sebaliknya disebabkan kuatnya merajuk si tikus itu menyangkal adanya apa-apa soal keadilan di sini.

    Kesudahannya kita sampai ke perkara pokok sebenar, kepada perlakuan penebusan dendam.

    Si tikus yang dukacita sudah berjaya mengumpulkan - dalam susunan pertanyaan-pertanyaan dan syak wasangka - muslihat-muslihat keji yang sebegitu banyak hasil dari muslihat kejinya yang asal; ia sudah menghimpunkan sebegitu banyak soalan-soalan yang tidak dapat diselesaikan melingkari setiap satu soalan sehingganya ia tenggelam dalam peraman beracun, lubuk busuk yang terhasil dari syak wasangkanya, kebingaran [keributan] jiwanya, dan yang terakhir, kemualan yang disarungkan oleh penggerak-penggerak biasa dari hujung kaki ke hujung rambut sedang mereka berdiri dalam bulatan dengan penuh adat-istiadat sebagai hakim-hakim dan diktator-diktator dan ketawa berdekah-dekah kepadanya.

    Jadi, tentu sekali, apa yang tinggal untuk ia lakukan ialah dengan menyingkirnya dengan lambaian tapak kaki kerdilnya bersama penghinaan dan dengan senyuman kepura-puraan penuh kemualan, yang mana ia tidak mempercayai dirinya sendiri, seterusnya dek malu tergesa-gesa kembali ke lubangnya. Di situ, di dalam lubang bawah tanah yang busuk dan jijik, si tikus kita yang disakitkan hatinya, dicemuh dan dikalahkan itu mencebur ke dalam dendam yang dingin, berbisa dan, yang paling teruk, kemarahan tanpa maaf!

    Untuk empat puluh tahun ia akan tanpa henti memperingati celaannya sehingga ke perincian yang terakhir dan paling malu sekali, dan akan, selain tambahan kepada perincian termalu sekali yang sedia ada, dengan dendam ia membimbangi dan menghairahkan diri bersama ilusinya. Ia akan malu dengan khayalan sendiri, tetapi apapun semuanya akan diingati, diperiksa dengan benar-benar teliti, dibayangkan semua jenis macam kesalahan-kesalahan yang terfikir dengan dalih yang ia, juga, mungkin sepatutnya berlaku, dan tidak akan memaafkannya.

    Barangkali benar ia akan mulakan penebusan dendamnya, tetapi, melihatkannya, dengan acuh tak acuh, dalam semua macam cara remeh-temeh, dari belakang dapur, menyamar, tidak langsung mempercayai haknya untuk menuntut bela, tidak juga percaya kejayaan penebusan dendamnya, dan awal-awal lagi tahu yang hasil cubaan-cubaan untuk menuntut bela ia akan menderita seribu kali lebih teruk daripada lelaki yang didendami, yang mungkin takkan langsung mengambil kisah atas kesakitannya. Malahan ketika menunggu saat kematiannya pun ia akan ingat semuanya bersama faedah terkumpul selama masa itu, dan.... Dan ialah hanya di kekecewaan tak seberapa dan separuh keyakinan yang dingin dan membencikan itu - dikesedaran menguburkan diri sendiri hidup-hidup atas kepiluan untuk empat puluh tahun itu - di keputus-asaan yang benar-benar diertikan, tetapi untuk satu tahap ragu-ragu, terhadap keadaan diri sendiri itu - di semua racun kemahuan-kemahuan yang tak tercapai yang telah terpendam itu - di demam keraguan-keraguan, keputusan-keputusan yang diambil dengan tegas, dan kekecewaan yang timbul hampir ketika itu juga ke atas mereka - bahawa dengan inti kegembiraan itu aku menghamburkan penipuan.

    Ia sangat halus dan kekadang sangat susah dicerna oleh akal waras seseorang bahawa orang yang mindanya terbuka luas juga sedikit terbatas, ataupun lebih mudah seseorang yang sangat kelam-kabut, takkan memahami satu apapun darinya.

    "Mungkin," akan dilebihkan dengan seringai mu, "mereka yang tidak pernah ditampar mukanya takkan memahaminya, juga," dan dengan cara beradab sebegitu memberiku suatu maksud yang aku juga mungkin pernah ditampar muka ku selama hidupku dan oleh sebab itu aku membebel dengan kuasa sah. Ku yakin itulah yang difikirkan mu. Tetapi jangan kau bimbang, wahai budiman sekalian, tak pernah ku ditampar muka ku, dan satu haram apa pun aku tak kisah apa yang kamu fikirkan tentangnya. Sangat munasabah aku meminta maaf untuk tidak memiat telinga secukupnya sepanjang hidupku. Tetapi cukuplah! Takkan ada sambungan tentang perihal ini yang nampaknya sangat menarik hati mu.

    Biarku dengan tenang menyambung cerita tentang orang yang kuat semangatnya yang tidak memahami kiasan keseronokan yang dibicarakan oleh ku.

    Biarpun dalam beberapa keadaan budiman sebegini boleh jadi meraung sekuat hati mereka seperti si lembu-lembu, dan sungguhpun ini, bisa diandaikan, memberi mereka penghormatan yang tinggi, namun seperti yang dikatakan ku, mereka dengan segeranya menyerah bila berhadapan kemustahilan. Kemustahilan kepada mereka bersamaan satu tembok batu. Tembok batu yang bagaimana? Oh, hukum alam, tentunya, ikhtisar-ikhtisar sains alam, matematik.

    Apabila, misalannya, terbukti kepada kamu bahawa kamu adalah berketurunan monyet, jadi tidak perlulah menarik muka kerananya: kamu cuma perlu menerimanya.

    Apabila mereka buktikan kepada kamu bahawa setitik dari lemak mu mesti, mengikut lazimnya, lebih bernilai kepada kamu daripada seratus ribu pengikut mu mahupun semua itu kononnya kebaikan dan kewajiban dan juga khayalan dan prasangka sia-sia yang lain-lain adalah, hasil dari pertimbangan tadi, tidak penting sama-sekali, lantas perlulah kamu menerimanya samada suka atau tidak, sebabnya ganda-dua - matematik. Cuba sangkalkan yang itu.

    "Tuhan ku," jeritnya mereka kepada kau, "takkan mungkin dapat ia dinafikan: dua darab dua ialah empat!"

    Alam tak pernah peduli perasaan kau; tak pernahnya Ia peduli permintaan-permintaan mu atau samada kau suka atau tidak hukum-hakamnya. Kamu bertanggungjawab menerimanya seadanya dan, oleh kerana itu, semua takdirnya. Tembok batu, semestinya, ialah tembok batu...dll., dll." Namun, demi maruah, buat apa perlu aku peduli semua hukum-hakam alam serta aritmetik jika kerana beberapa sebab atau sebaliknya aku benci undang-undang yang ganda-dua? Tak diragukan aku takkan mungkin memecahkan tembok batu sebegitu dengan sondol jendul ku, kalau tak termampu kekuatanku melakukannya, tetapi takkan aku mengakuinya hanya kerana aku harus bertembung dengan tembok batu dan tak terkuat merobohkannya.

    Persis tembok batu sebegitu betul-betul seperti tenteramnya jiwa, lagaknya benar-benar ia terkandung sedikit-sebanyak ketenteraman mudahnya kerana tembok batu cumalah persamaan ganda-dua-dapatnya-empat.

    Ah, bebel karutan apakah ini!

    Apakah tidak lebih baik memahami semua, peka semua, sedar dengan semua ketidakmungkinan dan tembok-tembok batu? Tidak untuk diikrarkan kepada mana-mana ketidakmungkinan ataupun tembok-tembok batu itu jika kamu benci untuk dihambakan mereka?

    Untuk mencapai yang paling tiada dapat disangkalkan gabungan logika rumusan-rumusan yang paling mengerikan sepanjang zaman ialah apapun disebabkan kamu sendiri jika berdirinya tembok batu, walaupun sekali lagi ia cukup jelas yang tidak sekelumit pun semuanya salah kau, lalu kemudian hendaknya kamu meminggir diri seenaknya malas-malas, senyap-senyap bersusah payah menggeserkan gigi kau, percaya dengan ilusi yang tiada seorang pun boleh memberangkan kau; bahawa benar-benar tiada matlamat untuk amarah mu dan kemungkinannya takkan mungkin ada matlamat untuk itu; bahawa semua perkara adalah pembohongan, suatu sihir, suatu pengabuian licik terup, ataupun lebih jelas suatu kacau-bilau yang dahsyat - tiada sesiapa tahu akan apa dan siapa.

    Tetapi sekalipun semua ketidakpastian dan sihir itu, kamu masih sakit kepala, dan semakin sedikit kamu tahu menjadi-jadi peritnya sakit kepala!