-->








about


a myriad of fatelessness of an idiotic existential self who strives (but not THAT hard) to be a writer.
vaguely kafkaesque in contents, seize the day nevertheless.
do not let me revive posthumously.

i dig...


Online Library of Liberty
The New Yorker
The Independent
JalanTelawi.com

writings


Mel
Buddhi Hekayat
Fathi Aris Omar
Mike
Lokman
Eekmal
Myoda

leave a msg


archive


  • 10/30/05
  • 02/09/06
  • 02/10/06
  • 02/16/06
  • 05/06/06
  • 06/13/06
  • 06/22/06
  • 06/27/06
  • 04/01/07
  • 04/12/07
  • 04/16/07
  • copyrights


    2006 © si tolol
    site design/layout 2006© mel
    original art(s) from DaDa Online








    {terjemahan} 
    MELANGKAH MENEROKA KEKUSUTAN EMPIRIKAL : CATATAN DARI BAWAH TANAH


    Di pertengahan abad ke-19, dalam ribut salji, di kota St. Petersburg, di antara lorong-lorong lacur, terperosok sekujur tubuh besar, merah matanya seperti kerasukan, sedang mengomel-ngomel sendirian - tertanya-tanya solilikui.
    Dia bagai gila; miskin, compang-camping, kemabukan, bercelaru, kusut, serabut, kontang, kepenatan, rabak, dan yang paling nyata dan jelas - tersiksa.
    Mulutnya terusan mengemam-ngemam membebel...

    Melangkaui usia zaman yang penuh kekacauan, kekecewaan, kemiskinan, berantakan - semasa ramai beralih ke kiri mencari-cari erti utopian socialism, semasa massa dibunuh, dipasak, disalib, dipaku, dia menipu takdir untuk terus hidup bergelumang desakan materi.
    Tika itulah ada suara pilu menyentap corong suara menjerit
    "Kita menyaksikan kelahiran Gogol baru!"


    Apa yang difikirkannya?
    Mengapa dia terdampar di situ keseorangan tanpa sesiapa simpati untuk mendengar walau sepatah apa pun yang dikatakannya?
    Gila? Melihatkannya, pasti sesiapa pun akan mengesahkan tuduhan gila itu.
    Dan sememangnya, wujud dirinya seperti adanya karakter-karakter fiksi hasilan sendiri - patologikal.

    Dialah satu-satunya manusia yang menjadi pedoman kepada sang Pemikir Nihilis, Nietzsche, untuk makna awal psychoanalysis; protagonis tak bernamanya merujuk kepada "The Last Man" (der letzte Mensch) iaitu antitesis kepada "Superman" si Nihilis.
    Agak ironis bilamana si Gila mengajak khalayak kembali kepada agama, sebaliknya si Pemuja bersungguh-sungguh meniup pergi asap candu agama. Berpusat kepada diri sendiri sebagai alam semesta, ku persembahkan humanis eksistentialisme tukang cerita mabuk judi.


    ***


    I

    Aku adalah orang yang sakit... aku adalah orang yang dengki.
    Tidak, aku langsung bukan orang yang baik. Aku percaya ada sesuatu yang tak kena dengan hatiku. Bagaimanapun, aku tidak tahu sehaprak apa pun berkenaan hatiku; juga tidak ku tahu samada ada sesuatu yang betul-betul tidak kena dengan diriku.
    Aku bukan di bawah rawatan perubatan, dan tidak pernah, walaupun aku menghormati bidang perubatan dan doktor-doktor.
    Tambahan pula, aku terlampau tahyul, sekurang-kurangnya cukup untuk menghormati bidang perubatan. (Aku cukup terpelajar untuk tidak menjadi tahyul; namun aku tahyul kerana semua itu.)
    Kebenarannya, aku menolak rawatan perubatan berdasarkan dengki semata-mata. Aku tidak yakin kamu akan memahami semua ini.
    Nah, aku faham.
    Aku tidak berharap yang aku akan berhasil untuk menerangkan kepada kamu siapakah sebenarnya di sini yang ku cuba untuk disakitkan hatinya dengan kedengkianku; aku cukup mengerti sepenuhnya yang aku tidak boleh 'menyakitkan' doktor-doktor dengan menolak untuk diubati oleh mereka; aku mengerti lebih dari semua orang yang dengan semua ini aku hanya menyakitkan hatiku sendiri dan bukan orang lain.
    Masih, kenyataannya kekal yang pabila aku menolak untuk diubati, itu cuma kerana dengki. Hatiku sakitkan ku - nah, biarkan sahaja ia sakit -
    makin sakit makin bagus.

    Sudah sekian lamanya aku hidup sebegini - lebih kurang dua puluh tahun seingatku. Umurku empat puluh tahun sekarang. Aku pernah berkhidmat di Perjawatan Awam dan aku sudah bersara sekarang. Aku dulu ialah seorang Penjawat Awam yang dengki. Aku sangat biadab dan mendapat kepuasan dengan itu. Diingatkan, aku tidak pernah menerima rasuah, jadi sekurang-kurangnya aku ada sesuatu untuk diganti-rugikan untuk itu. (Lawak yang bodoh, namun aku tidak ingin melepaskannya. Aku menulisnya dengan harapan ia akan berbunyi sangat lucu,tetapi sekarang aku cuma nampak yang diriku hanya ingin memuaskan diriku dengan riak picisan, aku sengaja biarkan ia sendiri!)

    Apakala orang pernah datang ke pejabatku atas urusan perniagaan, aku terkerenyang-kerenyang pada mereka dan terasa kepuasan Menumbuk bilamana aku berjaya membuatkan salah seorang darinya merasa tidak selesa.
    Aku hampir selalunya berjaya.
    Mereka biasanya sekawan yang pemalu: apa lagi yang dapat diharapkan dari orang yang datang ke pejabat kerajaan? Namun dikalangan budiman yang pernah datang untuk bertanya kepada ku ada pernah seorang khususnya yang aku tidak dapat tahan. Beliau hadir bukan dengan adab yang baik sebaliknya ada tabiat menggerencangkan pedangnya yang menjengkelkan.
    Selama enam belas bulan aku sentiasa berperang dengannya pasal pedang itu, bila akhirnya, dia mengalah.
    Dia berhenti bergerodak.
    Apapun, semua ini berlaku lama dahulu ketika aku masih muda. Lantas tahukah kamu, wahai budiman sekalian, apakah matlamat utama kedengkianku?
    Nah, keseluruhan matlamatnya, maksudku, kesemua kejijikan, kejengkelan masalah ialah setiap masanya aku dalam keadaan berputih-mata sedar - biarpun dikala ketika kemarahan yang amat sangat - yang aku bukanlah orang dengki ataupun seorang yang panas baran, cuma aku hanya menakut-halaukan burung-burung pipit tanpa sebab musabab [frightening sparrows for no reason in the world], dan amat terhibur dengan masa lapang sebegitu.
    Aku mungkin berbuih di mulut, namun hanya berikan ku beberapa barang permainan, berikan ku secawan kopi bergula, dan aku takkan langsung terkejut jika aku akan tenang semena-mena, langsung terharu, walaupun kemudiannya aku mungkin bisa kembali terkerenyang-kerenyang dengan diriku sendiri dan tersentak malu lalu menanggung insomnia berbulan lamanya.
    Begitulah peribadinya aku.

    Tadi aku hanya mengheboh-besarkan yang diriku adalah Penjawat Awam yang busuk hati. Apa yang ku buat sebenarnya, adalah untuk menghiburkan diri dengan peristiwa lelucon pegawai atau orang yang pernah datang ke pejabatku atas hal perniagaan,sebab sebenarnya, aku takkan mungkin menjadi orang yang busuk hatinya.
    Aku sangat sedar terlalu banyak unsur-unsur dalam diriku yang menunjukkan sebaliknya. Aku terasa mereka menggerumit-menggeramat sepanjang hidup dalam diriku dan meminta untuk dibebaskan, tapi aku takkan biarkan mereka.
    Aku tidak akan lepaskan mereka! Aku sengaja takkan lepaskan mereka.
    Mereka menyeksa ku ke tahap membuatku malu terhadap diriku sendiri; mereka membelasahku ke taraf tidak keruan dan, akhirnya, aku meluat dengan mereka.
    Oh, betapa meluatnya aku dengan mereka tika itu! Begitupun tidakkah terdetik di hati kamu, budiman sekalian, yang aku seharusnya memohon maaf mu atas sesuatu? Ya, aku yakin ku perlu...
    Nah, aku langsung tidak peduli kiranya yang ia nampak harus atau tidak harus ku meminta maaf kepada mu...

    Bukan sahaja aku tidak menjadi pendengki, aku langsung tak tahu jadi apa-apa pun, samada pendengki ataupun si baik hati, samada si putar belit biarpun si jujur, samada sang wira ataupun sang serangga.
    Dan sekarang sudah empat tahun aku merajuk, memujuk diri dengan bayangan, walau cukup tidak berguna, kedengkian yang seorang lelaki arif mustahil menjadi apa-apa pun khususnya dan hanya si bodoh berkebolehan mengikut kemahuannya.
    Ya, seorang lelaki abad ke sembilan belas mesti, dan sesungguhnya terikat moral dirinya untuk, berada tinggi di atas semua orang yang tiada jati-peribadi; lelaki berperibadi, sebaliknya, seorang penggerak, kebanyakannya kalangan yang terhad pemikirannya.
    Inilah kepercayaanku selaku lelaki empat-puluh-an.
    Aku berumur empat puluh sudah dan, diingatkan, empat puluh tahun bak seluruh hidup ini. Ia umur yang teramat tua. Adalah sesungguhnya tidak bermoral, kurang ajar, dan sial untuk hidup lebih dari empat puluh tahun. Siapakah yang hidup lebih dari empat puluh?
    Jawabkan untuk ku - seikhlas serta sejujurnya.

    Sebaiknya aku beritahu kamu siapa mereka itu - si bodoh-si bodoh dan si putar belit-si putar belit - merekalah!

    Aku tak kisah beritahu semua itu depan muka semua si tua-si tua - semua si tua-si tua berisi, semua si tua-si tua beruban dan berdaya tarikan itu! Aku akan beritahu satu dunia , celakalah aku kalau aku tak beritahu! Aku berhak berkata begitu, sebabnya aku sendiri akan hidup ke umur enam puluh. Aku akan masih hidup sampai ke umur tujuh puluh! Aku akan hidup hingga lapan puluh!

    Tunggu sebentar, izinkan ku menarik nafas...

    Aku percaya kamu mesti berfikiran, budiman sekalian, yang aku hendak menghiburkan kamu. Nah, di situ pun kamu silap. Aku sesungguhnya bukan jenis pelawak yang difikirkan atau mungkin terfikirkan oleh kamu. Apa pun, jikalau sakit hatinya dengan semua cakap kosong ini (dan dapat aku rasakan disakiti hati mu), kamu bertanya siapakah gerangan aku sebenarnya, seharusnya aku menjawab, aku ialah pesara Penjawat Awam kelas rendah, seorang pemeriksa kolej. Aku mendapat kerja di Perjawatan Awam kerana aku perlu makan (dan hanya itu sebabnya), dan bila saudara jauhku mewasiatkan ku enam ribu rouble setahun lalu, cepat-cepat aku meletak jawatan dari Perjawatan Awam dan melepak di penjuru kecil ku. Pernah sebelum ini aku tinggal di penjuru ini, tapi sekarang aku tinggal selama-lamanya di sini.
    Bilik ku adalah teruk, lubang menakutkan, terletak jauh dari pekan. Orang gaji ku ialah si tua kampungan, panas baran disebabkan terlampau bodoh, dan disamping itu ada bau busuk mengalir darinya.
    Aku diberitahu cuaca di Petersburg tidak begitu baik untuk diriku dan dengan sedikit tawaran yang ada ia amatlah mahal untuk tinggal di bandar Petersburg. Aku tahu semua itu, lebih tahu daripada semua yang berpengalaman dan bijak pandai-bijak pandai dan penasihat-penasihat. Tetapi aku tinggal di Petersburg. Aku tidak mungkin akan meninggalkan Petersburg! Aku tidak mungkin akan meninggalkannya - oh, namun ia langsung tidak bererti apa-apa jika aku tinggalkan atau tidak meninggalkannya.

    Apa sekalipun, apakah yang dibualkan oleh si lelaki terhormat dengan kekhusyukan yang amat sangat?

    Jawabnya: dirinya sendiri.

    Baiklah, jadi aku akan bercakap berkenaan diriku.